Thursday, March 29, 2012

potensi dlm bdang kerjaya dan bahasa




Ada yang terpaksa berfikir dua kali untuk memilih bidang bahasa dan linguistik di peringkat pengajian tinggi. Walaupun bidang bahasa bukanlah satu bidang yang baharu diperkenalkan,
Walaupun ramai pelajar tidak berminat dengan bidang bahasa, namun permohonan bidang tersebut setiap tahun masih tinggi. Namun begitu, tempat yang terhad disediakan oleh instiusi pengajian tinggi (IPT) dalam bidang ini telah membantut bilangan pelajar di dalam bidang ini. Biarpun begitu, bidang bahasa masih menjadi igauan dan mimpi ngeri kepada pelajar lepasan sekolah untuk memilihnya. Ini adalah kerana persepsi negatif, .

Persepsi bidang bahasa sukar untuk mendapat peluang pekerjaan, tidak produktif, kurang praktikal dan ketinggalan zaman adalah tidak tepat dan tanggapan seperti ini perlu diperbetulkan segera. Ini adalah kerana bidang bahasa seperti lulusan bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Arab, Jepun dan sebagainya mempunyai potensi dan prospek yang luas di dalam pasaran kerja di Malaysia dan bukannya sekadar menjadi guru atau pensyarah bahasa sahaja seperti mana yang disangka selama ini.

Bagi lulusan bahasa dan linguistik, peluang pekerjaan di pasaran semasa masih terbuka luas dan tidak pernah tertutup sama sekali kerana bidang ini begitu unik, konstruktif dan relevan dengan realiti pekerjaan dan perkhidmatan semasa.

Antara bidang profesyen yang boleh diceburi oleh oleh graduan bahasa ialah di dalam bidang penulisan yang menjanjikan pulangan yang menarik dan lumayan seperti penulis buku, rencana, novel, biografi, makalah, skrip dan sebagainya. Hasil karya penulisan boleh dihantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sendiri, penerbitan swasta atau pengamal media massa lain yang banyak mengeluarkan akhbar harian, majalah, tabloid dan banyak lagi. Di sini juga peluang graduan bahasa untuk berkecimpung sebagai pengarang, editor

Dalam bidang penyiaran, seni dan dunia perfileman pula, lulusan bahasa boleh mencuba bidang yang lebih mencabar sebagai pengarah drama dan filem, penulis skrip, penulis lirik dan sebagainya, bahkan boleh mencuba nasib sebagai pelakon atau penyanyi jika berbakat besar. Lulusan bahasa juga boleh dipertimbangkan sebagai penyampai berita, pengacara atau hos rancangan, pemberita dan wartawan media massa di kebanyakan stesen radio, televisyen dan televisyen satelit tempatan.


Lulusan bahasa juga perlu lebih kreatif,

Melihat kepada potensi dan prospek yang dinamik dalam bidang kerjaya bahasa ini, maka ibu bapa dan guru perlulah memberi sokongan moral kepada anak-anak yang berminat mengambil bidang ini dan tidak membantahnya. Pihak universiti dan mahasiswa juga disarankan agar turun padang memberi penerangan kepada masyarakat awam bahawa bidang bahasa bukan sekadar sesuai dengan skop perguruan dan pendidikan sahaja agar lepasan sekolah dan pelajar IPT yakin, minat dan bangga memilih bidang bahasa sebagai pilihan utama mereka.

No comments:

Post a Comment